welcome to my blog!!

all about me,you n them..

Sunday, February 6, 2011

Apakah Cinta??




salam..

apa khabar ye semua
arap2 sihat jer..
di sini aq ade satu artikel yg agak menarik..huhu
mesti ade dikalangan korang yg da pernah couple
ade yg x kn??..

kite sebagai manusia NORMAL mesti nk bercinta kn
nk rase disayangi n nk menyayangi~~
sebab tu la aq nk kongsi ilmu ni ngan korang
bace btol2 tau..

APAKAH CINTA

Mengikut syariat islam mengenai CINTA
Cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang bersumber dari fitrah yang diciptakan Allah S.W.T di dalam jiwa manusia, iaitu kecenderungan kepada lawan jenisnya ketika telah mencapai kematangan fikiran dan fizikalnya.
Sebagaimana Firman Allah S.W.T, yang ertinya:

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang .Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (QS. Ar Rum: 21)

Cinta pada dasarnya adalah bukanlah sesuatu yang kotor, kerana kekotoran dan kesucian tergantung dari bingkainya. Ada bingkai yang suci dan halal dan ada bingkai yang kotor dan haram. Cinta mengandung segala makna kasih sayang, keharmonisan, penghargaan dan kerinduan, disamping mengandung persiapan untuk menempuh kehiduapan dikala suka dan duka, lapang dan sempit.

Cinta juga bukanlah hanya sebuah ketertarikan secara fizikal saja. Ketertarikan secara fizikal hanyalah permulaan cinta bukan puncaknya.Dan sudah fitrah manusia untuk menyukai keindahan.Tapi disamping keindahan bentuk dan rupa harus disertai keindahan kepribadian dengan akhlak yang baik.

Islam adalah agama fitrah karena itulah islam tidaklah membelenggu perasaan manusia.Islam tidaklah mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia .Akan tetapi islam mengajarkan kepada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu dijaga , dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa saja yang mengotorinya.

Islam mebersihkan dan mengarahkan perasaan cinta dan mengajarkan bahawa sebelum dilaksanakan akad nikah harus bersih dari persentuhan yang haram.


PERKAHWINAN TANPA CINTA ??

Adakalanya sebuah pernikahan terjadi tanpa dilandasi oleh cinta. Mereka berpendapat bahAwa cinta itu boleh muncul setelah pernikahan. Islam memandang bahawa faktor ketertarikan merupakan faktor yang tidak boleh diabaikan begitu saja.Islam melarang seorang wali menikahkan seorang gadis tanpa persetujuannya dan menghalanginya untuk memilih lelaki yang disukainya seperti yang termuat dalam Al Qur’an dan Al Hadist

Firman Allah S.W.T, yang ertinya:
“Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin dengan bakal suaminya”
(QS. Al Baqarah: 232)

“Dari Ibnu Abbas r.a , bahwa seorang wanita datang kepada Rasulullah S.A.W , lalu ia memberitahukan bahawa ayahnya telah menikahkannya padahal ia tidak suka , lalu Rasulullah S.A.W memberikan hak kepadanya untuk memilih” (HR Abu Daud)

Kerana yang menjalani sebuah pernikahan adalah kedua pasangan itu,bukannya wali mereka.

Selain itu seorang yang hendak menikah hendaklah melihat dahulu calon pasangannya seperti termuat dalam hadist:

“Apabila salah seorang dari kamu meminang seorang wanita maka tidaklah dosa atasnya untuk melihatnya, jika melihatnya itu untuk meminang, meskipun wanita itu tidak melihatnya”
(HR. Imam Ahmad)

Memang benar dalam beberapa perkara, pasangan yang menikah tanpa didahului dengan cinta boleh mempertahankan pernikahannya. Tapi apakah hal ini selalu terjadi, bagaimana bila yang terjadi adalah sebuah neraka pernikahan, kedua pasangan saling membenci dan saling mencaci maki satu sama lain.

Sebuah pernikahan dalam islam diharapkan dapat memayungi pasangan itu untuk menikmati kehidupan yang penuh cinta dan kasih sayang dengan mengikat diri dalam sebuah perjanjian suci yang diberikan Allah S.W.T Kerana itulah rasa cinta dan kasih sayang ini sudah sepatutnya merupakan hal yang harus diperhatikan sebelum kedua pasangan mengikat diri dalam pernikahan. Kerana inilah salah satu kunci kebahagian yang hakiki dalam sesebuah PERKAHWINAN~~

Semoga kita dapat memahami maksud cinta tu yup
jangan kite terlalu lalai ngan cinta
sampai memusnahkn diri sendiri ye..

apa yg baik datang dari Allah S.W.T
apa yg buruk datang dari kelemahan aq sendiri

SALAM!!

4 comments: