welcome to my blog!!

all about me,you n them..

Wednesday, February 6, 2013

Cara Untuk Memulakan Hubungan

As'salam dan salam sejahtera

ok, dah lame xupdate blog sempena ngan tahun baru ni..
btw, selamat tahun baru..
ok stop disitu -,-

kali ni aku nak kongsi beberapa kaedah or step2 yg perlu untuk mudah bagi kita mengenali or dekat dengan seseorang..misalnya korang di tempat baru, nak cari kawan baru lah kan.nak usha awek ke(HIHIHI) or apa-apa saje hubungan dengan sesama manusia..nampak macam senang kan? tapi bukan semua org boleh buat.

1. Minat

okay...first sekali, ini adalah perkara yang paling basic. Bukan semua orang boleh buat tau...untuk mudah bagi kita lebih cepat rapat or senang bergaul dengan seseorang, kita mesti kene alert dengan apa yang dia minat..haa~~~ cam senang kan. Cuba berborak or discuss dengan topik or perkara-perkara yang seseorang tu minat, walaupun sebenarnya kita agak tak suka or menyampah dengan apa yang dia minat..kita terpaksa minat jugak..so pandai-pandai lah cari kat Google eh XD

2. Bahasa

yang ni agak susah, disebabkan malaysia mempunyai banyak gaya bahasa yang berbeza..tapi jika kita nak lebih cepat rapat dengan seseorang tu..cuba bercakap guna gaya diorang..paling tidak pon cakap je apa yang kita tahu..mana tahu kan kita dapat menarik minat dia pulak untuk berbual dengan kita?? haa..walaubagaimanapun,jangan lupa gaya dan percakapan anda yang berbudi bahasa, lemah lembut dan sopan santun (cheewahhh)

3. Perwatakan

haaa..okay yang ni kene serius sikit, sebelum anda-anda semua nak tegur or cuba mendekati seseorang tu..kita kene tahu bagaimanakah ciri-ciri or perwatakan seseorang tu..adakah dia seorang yang kelakar? serius? pendiam? banyak cakap? or pelik -,-
bukan apa..ni mudah bagi kita untuk memulakan sesuatu perhubungan..cuba mengenali dia dari jauh dahulu..then, kita pulak decide macam mane nak suaikan perwatakan kita dengan orang tu..

4. Perkara Dibenci

adoi?? haha..yang ni jangan lupa lak..kita pon kene tahu sedikit sebanyak apa yang dia tak suka. Contohnya, kalau dia xsuka kita bercakap terlalu banyak..cuba control diri kita. Yang ni kita dapat kesan jika kita gunakan kaedah yang ke-3 tadi..AMARAN! jangan kita selalu sangat buat apa yang seseorang tu tidak suka..ianya akan menjejaskan hubungan korang yang baru nak berputik :')

5. Sikap

cubalah jaga segala batas-batas or sikap kita..jangan terlalu tunjukkan sikap kita yang sebenar dengan begitu drastik..cuba dengan pelahan-lahan..bagi masa untuk seseorang tu cuba mengenali kita dengan sebaiknya..jangan biarkan dia judge kita tanpa dia tahu sikap kita yang sebenar..then, mulakanlah dengan baik dan rancang dahulu setiap tindak tanduk kita..


okay..aku rasa sampai disini dulu kongsi-mengongsi kita..ini semua berdasarkan pengalaman aku sendiri..semoga apa yang aku cuba kongsi ni dapat sedikit sebanyak memberi korang panduan or step yang bernas sebelum memulakan hubungan..semoga korang berjaya!! gudluk!

"i dont make typo, i just make a new word"